Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-28 14:52:26    
Dua Juta Petani Muda Ikuti Latihan Sains dan Teknologi

Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China baru-baru ini, sejak tahun 1999, seramai lebih dua juta petani muda telah mengikuti "Projek Latihan Sains dan Teknologi Petani Muda Transabad" dan usaha ini berjaya mencapai kesan sosioekonomi dan tenaga profesional yang penting.

Sejak "Projek Latihan Sains dan Teknologi Petani Muda Transabad" dilaksanakan bersama-sama oleh jabatan Kementerian Pertanian, Kewangan dan Liga Pemuda Komunis China pada tahun 1999, peruntukan kewangan kerajaan pusat mencatat 150 juta Yuan RMB, peruntukan kewangan kerajaan tempatan mencatat 300 juta Yuan RMB, projek itu dilaksanakan di 747 kaunti dan bandar.

Selain itu, pada tahun 2004, sebanyak 50 juta Yuan RMB telah diperuntukkan di 249 kaunti untuk melaksanakan "Projek Latihan Sains dan Teknologi Petani Baru", berjaya memberi latihan kepada 480 ribu orang petani. Selain itu, "Projek Peningkatan Pendapatan Kaum Tani dengan Gunakan Sains dan Teknologi" telah dilaksanakan untuk memberi latihan kepada pemimpin petani muda di desa.

Menteri Petani Muda Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China Tao Hong menyatakan, pertubuhan Liga Pemuda di pelbagai tempat China harus bekerjasama dengan jabatan Kementerian Pertanian, Pendidikan, Sains dan Teknologi serta Buruh dan Jaminan Sosial China, menggunakan dengan penuh sumber latihan pendidikan profesional, seperti sekolah teknologi profesional, pusat latihan bagi penganggur mendapat kerja semula, sekolah orang dewasa dan sekolah siaran radio dan TV pertanian, menggalakkan petani muda mengikuti latihan teknik dan profesional.

Serentak itu, menyelenggarakan dan membantu pangkalan latihan bagi penganggur mendapat kerja semula dengan mengguankan pelbagai sumber masyarakat seperti pusat petani muda, sekolah Liga Pemuda, usahawan muda di desa, pelbagai pemimpin petani muda yang menyelenggarakan perusahaan untuk meningkatkan pendapatan kaum tani.

Dalam latihan tersebut, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan agar petani muda membentuk kesedaran dan konsep pekerjaan yang tepat.