Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Biro Kajian Cuaca Negara China Qin Dahe semalam dalam forum yang diadakan di Beijing menyatakan bahawa kesan negatif disebabkan perubahan cuaca sejagat yang semakin panas telah mendapat perhatian oleh pelbagai negara di dunia, China akan meningkatkan kajian asas tentang perubahan cuaca dan meningkatkan tahap perlindungan sekitar ekologi.
Beliau berkata tugas utama pada masa ini ialah mengkaji kesan perubahan cuaca terhadap sistem ekologi dan sosioekonomi China dan mengemukakan dasar yang sesuai.
|