Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-09-19 10:55:18    
Beijing Pentingkan Penggunaan Stadium Selepas Temasya Sukan Olimpik

CRI

Menjayakan Sukan Olimpik 2008 yang cemerlang merupakan matlamat China. Pembinan stadium memerlukan biaya yang besar, kalau stadium Olimpik tidak boleh digunakan dengan baik selepas Sukan Olimpik berakhir, ia merupakan satu pembaziran.

Untuk mengjayakan Sukan Olimpik, Beijing perlu membina banyak stadium, kalau stadium tersebut tidak digunakan dengan baik selepas temasya sukan tersebut akan menyebabkan pembaziran. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, Beijing menumpukan perhatian terhadap masalah tersebut sejak fasa awal cadangan pembinaan stadium dibuat. Naib Datuk Bandar Beijing Zhang Mao dalam Forum Antarabangsa Perniagaan dan Pembinaan Stadium Sukan Olimpik menyatakan bahawa, "Masalah penggunaan stadium selepas temasya sukan itu merupakan perkara yang penting. Sukan Olimpik yang lalu telah meninggalkan pengalaman dan pengajaran yang baik, kalau stadium tidak digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak pembaziran. Oleh itu, selepas kami berjaya memohon menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, kami telah memikirkan masalah itu. Kami di samping menerima pengalaman berguna itu juga menyelaraskan tuntutan dan keperluan yang mampu disediakan oleh Beijing."

Eecik Zhang Mao berkata, Beijing telah membuat perancangan yang sempurna tentang penggunaan stadium selepas Sukan Olimpik berakhir. Beliau menjelaskan selepas Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2008 dianjurkan, antara 31 stadium yang terdapat di Beijing, beberapa stadium yang dibina untuk sementara akan dirobohkan. Stadium lain akan menjadi pusat latihan pelbagai acara sukan di China.

Tentang penggunaan stadium selepas Sukan Olimpik berakhir bukan sahaja menjadi perhatian kerajaan Beijing, tetapi juga menjadi perhatian para pemilik stadium tersebut. Pengurus Besar Syarikat Pusat Kebudayaan dan Sukan Wu Kesong Berhad yang akan dijadikan sebagai stadium pertandingan bola keranjang Sukan Olimpik Encik Liu Yizhong berkata, "Dalam peringkat rekabentuk Pusat Kebudayaan dan Sukan Wu Kesong, kami telah memikirkan tentang pelbagai fungsi dan penggunaan stadium itu selepas Sukan Olimpik berakhir dan hal-hal lain. Kami belajar pengalaman berguna syarikat luar negara. Selepas Sukan Olimpik kami akan menguruskan pusat sukan Wu Kesong sebgai model baru."

Kini, kerajaan Beijing telah menawarkan 5 orang pakar dalam dan luar negara menjawat jawatan penasihat pengurusan Sukan Olimpik yang bertanggungjawab. Mengemukakan cadangan tentang penggunaan stadium selepas Sukan Olimpik berakhir kepada kerajaan Beijing. Maurice Louvet dari Perancis berpendapat penggunaan stadium selepas Sukan Olimpik berakhir sebanarnya adalah sebahagian dalam rancangan pembangunan bandar Beijing. Beliau berkata, "Pembinaan stadium bukan sahaja untuk pertandingan Sukan Olimpik selama 17 hari, tetapi juga harus ditinjau daripada keseluruhan pembangunan bandar raya Beijing. Sebelum pembinaan stadium tersebut, kita harus memikirkan penggunaannya selepas pertandingan. Dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik, keperluan kakitangan dan kemudahan sukan sangat banyak, tetapi selepas Sukan Olimpik keperluan tersebut akan berkurang. Oleh itu, kita tidak perlu membeli kelengkapan sementara, kita boleh menyewa tempat dan mementingkan usaha memperbaiki kelengkapan kekal supaya penggunaannya dapat dimanfaatkan berterusan."

Maurice Louvet menyatakan Beijing boleh meningkatkan perkhidmatannya melalui penganjuran Sukan Olimpik. Pada pendapat beliau, Beijing perlu berpandangan dan membuat rancangan yang teliti, diyakini selepas Sukan Olimpik 2008, Stadium Negara, Pusat Renang, Pusat Kebudayaan dan Sukan Wu Kesong dan lain-lain akan menjadi tempat beriadah penduduk Beijing.