Orang ramai lebih mengenali Yang Yang, atlet yang meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Shen Xue dan Zhao Hongbo yang menjadi johan pertama acara skating berirama berpasangan. Selain atlet terkenal itu, seorang lagi atlet yang kurang dikenali oleh orang ramai, ialah Wang Manli, atlet acara skating pecut yang berkemungkinan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Torino 2006. Disebabkan acara skating memerlukan biaya yang banyak, maka acara itu tidak popular seperti ping pong dan badminton di China. Akan tetapi acara skating telah mencapai kemajuan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini di China. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Salt Lake 2002, atlet China termasuk Yang Yang mencatat sejarah kerana memperoleh pingat emas pertama dalam acara sukan tersebut. Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-20 akan diadakan di Torino, Itali pada tahun 2006, Wang Manli yang berumur 31 tahun dianggap atlat yang berkemungkinan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2006.
Dalam pertandingan Piala Dunia Skating Pecut musim ini, Wang Manli menjadi johan pertandingan tersebut. Dalam Pertandingan Skating Pecut Sukan Kebangsaan China ke-10 yang diadakan baru-baru ini, Wang Manli meraih johan acara pelbagai disiplin wanita. Kejayan besar yang dicapai oleh Wang Manli berkaitan erat dengan latihan gigihnya.
Mengenang kembali kejayan itu Wang Manli berkata, "pada masa itu, jurulatih memilih calon, beliau memilih saya sebab fizikal badan saya baik, tetapi dalam latian pertama persembahan saya kurang baik. Sejak kecil, bapa saya mengajar saya tidak kira melakukan apa sahaja perkara, saya harus kekal melakukannya dengan berjaya."
Dalam kehidupan biasa, Wang Manli adalah seorang gadis yang berlemah-lembut dan gemar menonton drama TV yang berkaitan kisah percintaan. Tetapi dalam pertandingan, Wang Manli sangat bersemangat dan tidak mengakui kalah. Pada mulanya, beliau tidak mencapai kejayaan besar dalam pertandingan, jurulatihnya Xie Tianen mengkaji cara latihan selama dua bulan dan menetapkan rancangan latihan berdasarkan istimewa Wang Manli. Xie Tianen berkata, "Sikap Wang Manli sangat keras. Saya melatih ramai atlet, mereka tidak ada pandangan sendiri, semua mengikuti arahan jurulatih. Tetapi Wang Manli berbeza, kalau beliau mempunyai pandangan yang berbeza tentang latihan dan teknik yang diajar, beliau akan mengekalkan pandangannya. Semangat yang tidak mengakui kalah membantu beliau mencapai kejayaan besar dalam pertandingan. Dalam Kejohanan Siswa Dunia baru-baru ini, dia kalah dalam pertandingan pusingan pertama, tetapi beliau terus berusaha dan menjadi johan pada akhirnya."
Selain bantuan jurulatih, Wang Manli juga mendapat sokongan keluarga. Ibu bapanya tinggal di bandar Mudanjiang, timur laut China, suaminya mengikuti pengajian jurusan bola sepak di Institut Sukan Haerbin Cawangan Mudanjiang. Latihan harian Wang Manli diadakan di bandar Haerbin, oleh itu beliau terpaksa berpisah dengan anggota keluarga. Namun mereka memberi sokongan padu kepada Wang Manli. Beliau berkata disebabkan panduan jurulatih dan perhatian serta sokongan keluarga, beliau akihrnya menjadi johan dunia. Beliau berharap meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun depan, membalas budi jurulatih dan ahli keluarga serta mencapai impian sendiri. Beliau berkata, "ibu bapa saya sangat menyokong saya dan menganggap saya adalah anak yang paling berjaya. Mereka menonton semua pertandingan yang saya sertai. Jurulatih memberi bantuan yang besar kepada saya, menjadikan saya daripada seorang atlet biasa kepada seorang johan dunia. Saya bercita-cita meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik, itulah impian saya sejak kecil lagi."
|