Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-19 11:31:07    
China Mencapai Kejayaan Dalam Bidang Antiubat Perangsang

CRI

Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik 2008. Sebagai tuan rumah, China sangat mementingkan kerja antiubat perangsang di China dan berusaha memastikan tiada atlet China memakan ubat perangsang semasa Sukan Olimpik 2008. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kejayaan besar dalam bidang antiubat perangsang.

Dalam Sidang Antiubat Perangsang Asia ke-2 yang diadakan di Beijing baru-baru ini, Naib Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik China yang juga Ketua Jabatan Suruhanjaya Antiubat Perangsang Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik China Encik Shi Kangcheng semasa diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, China telah mencapai kejayaan dalam bidang antiubat perangsang. Sebagai contoh tidak ada kes atlet China memakan ubat perangsang semasa Sukan Olimpik Sydney dan Sukan Olimpik Athens, China meningkatkan standard dan kekerapan pemeriksaan ubat di China, kadar positif dalam pemeriksaan berkurangan, kerajaan China menguatkuasakan "Peraturan Antiubat Perangsang" pada Januari tahun 2004 dan dengan berkesan menghalang ubat perangsang dijual di pasaran secara haram. Beliau berkata, "Pada tahun 1990, China secara rasmi melaksanakan pemeriksaan di seluruh negara, jumlah kes yang diperiksa ialah 165 pada tahun itu, tahun 1999 jumlah itu meningkat kepada 3500 kes dan tahun lalu bertambah kepada 5000 kes, kadar positif menurun daripada 1.8% pada tahun 1990 kepada 0.4% pada tahun lalu."

Shi Kangcheng berkata, kadar positif pemeriksaan antarabangsa di dunia ialah 1.6%, kadar positif China jauh lebih rendah daripada jumlah itu.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh China disebabkan pemeriksaan ketat dan sering kali. Antara 5000 pemeriksaan yang dilaksanakan pada tahun 2003 dan 2004, 60% adalah pemeriksaan mengejut.

Kini, China telah mencapai tahap antarabangsa dalam bidang pemeriksaan ubat perangsang. Oleh itu, pemeriksaan ubat perangsang di China boleh dipercayai. Pengerusi Suruhanjaya Antiubat Perangsang Persatuan Perubatan Asia yang juga mantan Ketua Institut Kajian Perubatan Sukan Jabatan Am Sukan Negara China Encik Zhang Changjiu menyatakan, "Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa menubuhkan kumpulan pemeriksaan ubat perangsang yang bertanggungjawab menyelia pemeriksaan ubat perangsang. Antara tiga orang anggota kunpulan itu seorang merupakan pakar China, beliau ialah Ketua Pengarah Pusat Pemeriksaan Ubat Perangsang Negara China Encik Wu Moutian. Enam orang pakar pemeriksaan ubat perangsang menyertai kerja memeriksa penggunaan ubat perangsang di kalangan atlet Sukan Olimpik. Kini, China telah menguasai teknik dan cara pemeriksaan ubat perangsang."

Beliau menjelaskan kejayaan yang dicapai oleh China dalam bidang antiubat perangsang yang utama ialah China melaksanakan tindakan denda yang serius. Bagi atlet China yang memakan ubat perangsang, buka sahaja akan didenda dan dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan, malah jurulatih, pembantunya dan pasukannya juga akan didenda.

Ketua Badan Antiubat Perangsang Dunia Encik David Howman menyanjung tinggi kejayaan China dalam bidang antiubat perangsang, beliau berkata, "saya mengucapkan terima kasih atas sokongan China terhadap Badan Antiubat Perangsang Dunia. Kami berasa gembira atas kejayaan yang dicapai oleh China dalam bidang antiubat perangsang, jumlah dan tahap pemeriksaan ubat perangsang telah meningkat di China, namun yang lebih penting ialah kerajaan China menunaikan janjinya dalam usaha antiubat perangsang."