Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ahli Suruhanjaya Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab atas hal-ehwal perdagangan, Peter Mandelson semalam di Paris menyatakan, Kesatuan Eropah tidak akan mengenakan sekatan yang segera terhadap barangan tekstil dan pakaian yang diimport dari China. Beliau juga mengetepikan kemungkinan Kesatuan Eropah dan China mengalami persengketaan perdagangan akibat masalah perdagangan barangan tekstil.
Peter Mandelson berkata, hubungan ekonomi dan perdagagnan antara Eropah dan China sangat penting, sehingga masalah perdagangan barangan tekstil tidak akan menjejaskan hubungan rakan strategik antara kedua-dua pihak.
|