Wartawan CRI melaporkan, Pengerusi Parti Utama Rakyat Taiwan, James C.Y. Soong mengetuai delegasinya telah menziarahi kubur Sun Yat-sen, pengasas revolusi demokratik China pagi tadi di kota Nanjing, bahagian timur China.
Selepas itu, James C.Y. Soong menyampaikan ucapan sebagai berkata, hasrat encik Sun Yat-sen adalah berharap orang China bersatu-padu. Beliau berharap semua orang China menyedari bahawa kedua-dua pantai Selat Taiwan harus berusaha membangunkan negara dan menyatukan semula tanah air. Beliau menyeru orang China di kedua-dua pantai Selat Taiwan mengikut seruan encik Sun Yat-sen, berusaha bersama-sama mewujudkan kemakmuran bangsa China.
Sila tekan sini untuk mendengar berita 7 Mei.
|