Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-09 13:52:19    
Shanghai Tumpukan Perhatian Terhadap Pesakit Parkinson

Agensi Berita Xinhua China

Pada 9 April lalu, ramai orang mengunjungi Taman Milenium Shanghai di bahagian timur China, ada yang berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat, ada yang ditemani anggota keluarga menggunakan kerusi roda.

Sebenarnya para pengunjung tersebut ialah pesakit Parkinson. Pada hari itu, Pusat Perkembangan Pendidikan Kesihatan Institut Pendidikan Kesihatan Shanghai dan Syarikat Farmasi Roche Shanghai Bhd. bersama-sama mengadakan "Aktiviti Kebajikan Hari Pesakit Parkinson Dunia" di Taman Milenium Shanghai, matlamatnya bertujuan untuk menyediakan bantuan dan perkhidmatan profesional kepada pesakit Parkinson dan anggota keluarga mereka.

Setelah mendapat maklumat tersebut, ramai pesakit Parkinson di Shanghai berturut-turut berkunjung ke Taman Milenium tersebut.

Para doktor yang terkenal dari Hospital Ruijin, Hospital Huashan dan Hospital Zhongshan di Shanghai telah mengadakan khidmat kaunseling untuk para pesakit dan menjelaskan tentang penyakit itu, keadaan, diagnosis dan pengetahuan perubatan tentang penyakit Parkinson.

Ramai doktor juga menyediakan diagnosis secara percuma kepada para pesakit. Pihak penganjur mempamerkan banyak gambar dan maklumat tentang penyakit Parkinson, memberi brosur kepada pengunjung dan menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan.

Dalam pameran tersebut, para pengunjung mengetahui ramai tokoh ternama juga mengidap penyakit Parkinson antaranya Bajin, sasterawan terkenal China, Chen Jingrun, ahli matematik terkenal China, Muhammad Ali, mantan peninju terkenal A.S. dan lain-lain.

Dimaklumkan bahawa penyakit Parkinson merupakan sejenis penyakit sistem saraf pusat, pesakit yang dikesan mengidap penyakit itu selalu bergetar, tangan dan kakinya kaku dan sukar bergerak. Apa punca yang mengakibatkan penyakit Parkinson masih belum diketahui pada masa ini.

Pada tahun 1817, ahli perubatan Britain James Parkinson telah menulis tentang penyakit itu dalam bukunya yang bertajuk "Lumpuh Getaran". Kerana beliau merupakan orang pertama mengesan penyakit itu sebagai penyakit saraf, penyakit itu turut dinamakan sebagai penyakit Parkinson.

Profesor Jiang Yuping, Ketua Pengarah "Sains Saraf Klinik China" yang bertugas di bahagian internis saraf Hospital Huashan Shangai China memaklumkan, umur purata pesakit baru pengidap penyakit Parkinson ialah 55 tahun. Seiring dengan warga tua bertambah semakin ramai, nisbah pengidap penyakit Parkinson juga semakin meningkat.

Berdasarkan maklumat Persatuan Penyakit Parkinson Dunia, terdapat seramai lebih 4 juta pesakit Parkinson di dunia pada masa ini. China mempunyai 1.7 juta orang pesakit Parkinson, antaranya nisbah orang yang berumur 55 tahun ke atas mengidap penyakit Parkinson mencapai 1%.

Dianggarkan seramai hampir 100 ribu orang dikesan mengidap penyakit Parkinson di China setiap tahun.

Profesor Chen Shengdi, Ketua Bahagian Internis Saraf Hospital Huashan yang juga Ketua Kumpulan Halangan Gerakan Persatuan Perubatan China menjelaskan, jika pesakit Parkinson dikesan dan dirawat lebih awal, kerosakan sel saraf mereka dapat dielakkan.

Bagaimanapun, nisbah pesakit Parkinson menerima diagnosis agak rendah. Berdasarkan kajian di pelbagai bandar besar termasuk Beijing dan Shanghai di China, terdapat kira-kira 40% pesakit Parkinson tidak pernah menerima rawatan di hospital. Keadaan itu lebih serius di kawasan desa dan bahagian barat China.

----AZMI