Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-09 14:09:32    
Peti Sejuk Jimat Sumber Tenaga Laris Dijual di Pasaran China

CRI

Peti sejuk merupakan peralatan electrik keperluan seharian penduduk China pada masa ini. Penggunaan peti sejuk tersebut menyebabkan penggunaan sumber tenaga yang tinggi dan mengakibatkan pelepsan karbon floro-floro. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerajaan China dengan aktif memperkenalkan peti sejuk jimat sumber tenaga untuk melindung ekologi alam sekitar pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada masa ini, semakin ramai pengguna China menggunakan peti sejuk jimat sumber tenaga tersebut.

Baru-baru ini, puan Qian Changxia di bandar Beijing membeli peti sejuk jenis baru tersebut. Beliau memberitahu wartawan,

"Peti sejuk yang baru itu bukan sahaja cantik bentuk dan warnanya, tetap juga menjimatkan sumber elektrik dan melindungi ekologi alam sekitar. Semua anggota keluarga kami berpuas hati terhadap peti sejuk itu."

Kapasiti peti sejuk baru yang puan Qian Changxia beli itu mencatat 208 liter, akan tetapi tenaga elektrik yang digunakan tidak sampai satu kilowatt/jam sehari. Menurut puan Qian, jumlah elektrik yang digunakan oleh peti sejuk baru itu kurang separuh daripada kadar elektrik yang digunakan oleh peti sejuk lama milik keluarga mereka, ini menjimatkan banyak bayaran elektrik; walaupun harga peti sejuk baru itu lebih mahal daripada peti sejuk yang tidak menjimatkan tenaga elektrik, akan tetapi disebabkan menjimatkan bayaran elektrik, boleh dikatakan pembelian peti sejuk itu amat menguntungkan.

Pada masa ini, kebanyakan peti sejuk yang dijual di pasaran China merupakan peralatan elektrik yang menjimakan sumber tenaga dan melindungi ekologi alam sekitar. Pengeluaran barangan tersebut didorong oleh usaha kerajaan China memperkenalkan penggunaan peralatan elektrik yang menjimatkan sumber tenaga. Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China puan Song Xiaozhi menyatakan,

"Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap usaha perlindungan ekologi alam sekitar. Kerajaan meningkatkan teknologi peti sejuk kegunaan awam, menggalakkan penduduk awam menggunakan peti sejuk yang menjimatkan sumber tenaga. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi meningkatkan kesan ekonomi dan melindungi kepentingan masyarakat. Peningkatan kesedaran penduduk awam terhadap kempen menjimatkan sumber tenaga dan melindungi ekologi alam sekitar bermanfaat bagi perkembangan usaha itu."

Berdasarkan maklumat, pada tahun-tahun kebelakangan in, jumlah peti sejuk yang dijual mencatat lebih 14 juta unit setiap tahun di China, jumlah peti sejuk yang dimiliki oleh para pengguna jauh lebih banyak daripada angka itu.

Untuk menjimatkan sumber tenaga, melindungi ekologi alam sekitar, sejak tahun 1998, kerajaan China menganjurkan membuat dan menggunakan peti sejuk tanpa freon, dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa melaksanakan projek memperkenalkan peti sejuk yang menjimatkan sumber tenaga dan melindungi ekologi alam sekitar yang dilaksanakan selama beberapa tahun lalu. Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China yang bertanggungjawab terhadap projek itu encik Sun Xuefeng menyatakan,

"Kami meningkatkan keupayaan rekaan model baru peti sejuk, memperkenalkan pengetahuan kepada para pengguna dan penjual, menghapuskan pelbagai halangan perdagangan untuk menyediakan iklim pasaran yang baik bagi penjualan peti sejuk yang menjimatkan sumber tenaga agar matlamat menjimat sumber tenaga dan perlindungan ekologi alam sekitar dicapai."

----Ching