Naib Menteri Pembinaan China Qiu Baoxing di Beijing baru-baru ini berkata, kerajaan China akan mengambil beberapa tindakan, meningkatkan binaan jimat sumber tenaga dan hijau, mengatasi pertentangan antara pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan sumber tenaga, bagi mewujudkan perkembangan sektor pembinaan China secara sihat, selaras dan berterusan.
Pada masa ini, sumber alam China seperti sumber tenaga, tanah, air dan bahan mentah berkurangan, sumber alam tersebut juga tidak digunakan dengan berkesan dan pencemaran ekologi alam sekitar semakin serius. Sehubungan dengan itu, mendorong perkembangan binaan jimat sumber tenaga dan hijau merupakan tindakan penting bagi China mewujudkan industrialisasi baru pada masa depan.
Binaan jimat sumber tenaga bermakna menjimatkan sumber tenaga semasa mereka, membina dan menggunakan bangunan. Binaan hijau bermakna di samping menyediakan ruangan tempat tinggal, kerja dan aktiviti yang selesa dan seronok kepada orang ramai, mewujudkan penggunaan sumber tenaga dengan berkesan, mengurangkan dengan tahap minimum penjejasan terhadap ekologi alam sekitar dalam proses membina bangunan.
Naib Menteri Pembinaan China Qiu Baoxing menyatakan, China telah mencapai kejayaan dalam bidang pembinaan jimat sumber tenaga melalui usaha selama 20 tahun. Beliau berkata,
"China telah mencapai kejayaan dalam usaha pembinaan jimat sumber tenaga melalui usaha selama kira-kira 20 tahun. Peraturan pengurusan, sistem peraturan dan undang-undang telah dibentuk untuk menjimatkan sumber tenaga semasa membina bangunan kegunaan penduduk; sistem sokongan teknologi telah dibentuk; projek contoh percubaan pembinaan jimat sumber tenaga telah diselesaikan dan kerjasama antarabangsa yang luas telah dilaksanakan."
Di samping itu, konsep pembinaan hijau semakin menarik perhatian di seluruh negara. Misalnya, kajian teknologi penting terhadap pembinaan hijau, kumpulan dan penilaian terhadap maklumat pembinaan hijau di China dan penyelidikan dan pembuktian terhadap pembinaan hijau Sukan Olimpik 2008 Beijing telah dilaksanakan. Selain itu, Kementerian Pembinaan China juga menetapkan maklumat pembinaan hijau, iaitu pada tahun 2010, 1/3 ke atas bangunan baru di China harus mencatat standard binaan hijau dan jimat sumber tenaga. Di samping itu, 50% sumber tenaga harus dijimatkan semasa membina bangunan di bandar dan pekan di China. Pada tahun 2020, binaan hijau dan jimat sumber tenaga akan terus ditingkatkan, sehingga 65% sumber tenaga harus dijimatkan semasa membina bangunan di bandar dan pekan di China.
Merujuk kepada masalah yang wujud dalam usaha binaan jimat sumber tenaga dan hijau di China pada masa ini, Naib Menteri Qiu Baoxing menyatakan, Kementerian Pembinaan China akan bersama-sama dengan jabatan kerajaan lain mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan penjimatan sumber tenaga semasa membina bangunan. Beliau menyatakan,
"Pertama, melaksanakan peraturan, undang-undang dan standard penjimatan sumber tenaga yang sedia ada dengan tegas, Kedua, membentuk sistem merancakkan ekonomi, meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap menjimatkan sumber tenaga, misalnya melaksanakan sistem keutamaan dalam kutipan cukai dan pembayaran terhadap projek binaan hijau dan jimat sumber tenaga. Dan ketiga, menggunakan teknologi baru negara lain semasa membina bangunan hijau di China."
China akan mengadakan Seminar Bestari dan Teknik Pembinaan Hijau Antarabangsa Pertama di Beijing pada penghujung bulan Mac. Serentak itu, 2000 pegawai kerajaan, usahawan dan pakar dalam dan luar negara akan membincangkan binaan jimat sumber tenaga dan hijau dalam seminar tersebut.
----Ching
|