Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-09 11:06:42    
Hu Jintao Temui Presiden Republik Korea dan Turkmenistan di Moscow

CRI

Wartawan CRI melaporkan, Presiden China Hu Jintao tiba di Moscow petang semalam untuk menyertai upacara peringatan ulang tahun ke-60 kemenangan perang mempertahankan tanah air dan telah menemui Presiden Republik Korea, Roh Moo-hyun dan Presiden Turkmenistan, Saparmurat Niyazov.

Hu Jintao telah menemui Presiden Republik Korea, Roh Moo-hyun di hotel penginapan beliau. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan China-Republik Korea, masalah antarabangsa dan kawasan yang menjadi kepentingan bersama terutamanya masalah nuklear Semenanjung Korea. Hu Jintao menegaskan, pihak China tetap berpendapat menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea melalui dialog bersesuaian dengan kepentingan bersama pelbagai pihak. Roh Moo-hyun berkata, Republik Korea berharap pihak China terus memainkan peranan yang aktif dalam proses memelihara kestabilan dan perdamaian di Semenanjung Korea.

Ketika menemui Saparmurat Niyazov, Hu Jintao berkata, kerajaan China berpendapat mengembangkan hubungan kerjasama dan persahabatan dengan Turkmenistan sangat penting.