|
Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai Kemajuan Wanita yang berlangsung selama dua hari telah berakhir di Putrajaya, Malaysia hari ini. Mesyuarat tersebut telah meluluskan Deklarasi Putrajaya yang boleh bertindak sebagai panduan dan alat penting dalam memperkasakan kaum wanita menghadapi globalisasi.
Mesyuarat bersejarah itu telah menjelaskan hakikat bahawa penyertaan wanita dan penyatuan perspektif mereka di dalam semua sektor dan di semua peringkat adalah penting dalam memperkasakan mereka dan terhadap pencapaian kesamaan dan kesaksamaan gender.
Deklarasi 50 perkara itu menggariskan bidang-bidang khusus yang dititikberatkan di bawah sembilan isu berikut: Wanita, Kemiskinan dan Pembangunan Ekonomi; Wanita dalam Kuasa dan Membuat Keputusan; Wanita dan Pendidikan; Wanita dan Kesihatan; Wanita, Media dan ICT; Wanita dan Konflik Bersenjata; Keganasan Terhadap Wanita; Wanita dan Situasi Bencana; dan Kesamaan gender di arus perdana.
Ini merupakan kali pertama NAM mengadakan mesyuarat peringkat menteri mengenai isu kemajuan kaum wanita. Wakil-wakil daripada kira-kira 84 negara anggota NAM telah menyertai mesyuarat itu.
|