Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-10 14:37:57    
China Berusaha Laksanakan Projek Pencahayaan Hijau

Agensi Berita Xinhua China

Ekonomi China berkembang pesat sekarang, maka pembekalan sumber tenaga semakin kurang. China akan melaksanakan terlebih dahulu dasar menjimatkan sumber tenaga, berusaha melaksanakan projek pencahayaan hijau.

Berbanding dengan negara moden, efesien penggunaan lampu China rendah dan menggunakan banyak tenaga elektrik. Dalam tempoh pelaksanakan Rancangan 5 tahun ke-11, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China akan mempopularkan sistem pencahayaan yang berefesien tinggi dan menjimatkan elektrik di kemudahan awam, hotel, pusat membeli-belah, pejabat, stadium, golongan sukan dan rumah penduduk.

Kerajaan China akan melaksanakan dengan ketat pengesahan lampu dijual di pasaran. Pegawai Bahagian Alam Sekitar Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China menyatakan, barangan yang tidak mencapai standard negara tidak boleh dikeluarkan dan dijual; pencahayaan bangunan yang tidak mencapai standard penjimatan tenaga elektrik, bangunan itu tidak boleh dibina; Ketika meninjau projek pelaburan aset tetap, mesti mereka bentuk sistem pencahayaan yang menggunakan sumber tenaga secara rasional.

Kerajaan China juga akan membina mekanisme penggalakan untuk mempercepat pempopularan penggunaan lampu berefesien tinggi, misalnya melaksanakan Peraturan Pelaksanaan Kerajaan Membeli Barangan Jimat Tenaga, mendorong badan kerajaan membeli lampu jimat elektrik. Lampu jimat tenaga elektrik disenaraikan dalam Senarai Nama Barangan Jimat Tenaga, membincangkan dan mengeluarkan dasar kutipan cukai yang menggalakkan pengeluaran dan penggunaan lampu jimat elektrik.

Kerajaan juga akan mempercepat tenaga penetapan semula struktur perusahaan pengeluar alat elektrik pencahayaan, menggalakkan perusahaan menyusun semula, terus menambah nisbah pengeluaran lampu jimat tenaga elektrik, meningkatkan daya saingan seluruh perusahaan lampu elektrik. Kerajaan China akan menyokong dengan aktif penyelidikan dan pengeluaran barangan pencahayaan semikonduktor. China melaksanakan projek pencahayaan hijau sejak tahun 1996, tujuannya adalah untuk mengeluarkan dan mempopularkan penggunaan lampu jimat tenaga elektrik dan melindungi alam sekitar. Berbanding dengan lampu tradisonal, lampu berefesien tinggi akan menjimat 60%-80% tenaga elektrik.