|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pusat Penerangan Pengukuran Ketinggian Gunung Qomolangma Tahun 2005 telah dibina di lereng gunung yang setinggi 5200 meter dari paras laut semalam. Kini terdapat lebih 40 orang wartawan dari 20 agensi berita sedang membuat liputan tentang pengukuran ketinggian Gunung Qomolangma kali ini.
Naib Pengarah Pusat Penerangan Pengukuran China, Xu Yongqing yang bertanggungjawab sebagai jurucakap kerja pengukuran kali ini berkata, "kerja pengukuran akan memasuki tahap muktamad bermula hari ini, dijangka anggota pengukur akan menjalankan pengukuran pada 18 Mei."
Beliau menyatakan "kami telah menubuhkan pusat penerangan untuk memudahkan wartawan membuat liputan di sini, supaya mereka yang memerhatikan kerja pengukuran kali ini boleh mendapat lebih banyak maklumat."
Cuaca di Gunung Qomalangma kini amat buruk. Banyak Kemah roboh ditiup angin yang kencang pada awal bulan April yang lalu. Salji lebat di kawasan Gunung Qomalangma semenjak akhir bulan April. Menurut pakar bahawa cuaca yang begitu buruk di Gunung Qomalangma pada bulan Mei jarang berlaku sebelum itu.
Walaubagaimana pun para wartawan dengan tabah mengatasi pelbagai kesukaran akibat cuaca yang buruk, dan membuat liputan dengan bersungguh-sungguh. 10 orang wartawan telah bersusah payah mendaki gunung sehingga ke paras ketinggian 6500 meter dariparas laut untuk membuat laporan tentang kerja pengukuran di sana.
|