|
Menurut berita CRI, Singapura dan Pakistan telah menandatangani memorandum persefahaman di Singapura semalam yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang memerangi keganasan dan jenayah transnasional.
Dilaporkan oleh pihak media Singapura bahawa memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz. Kandungan memorandum itu termasuk meningkatkan keupayaan tindakan antikeganasan kedua-dua negara, berkongsi maklumat dalam bidang antikeganasan dan jenayah transnasional.
|