|
Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, kadar penggunaan sumber tenaga masih berada pada tahap yang agak rendah di China pada masa ini. Sehubungan dengan itu, usaha menjimatkan sumber tenaga dalam pengeluaran masih berpotensi besar. Hal ini juga bererti penting bagi merealisasikan pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan sumber tenaga yang lebih kecil.
Seminar Penjimatan Penggunaan Minyak Bakar dan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Persatuan Pengkajian Kejuruteraan Petroleum dan Petrokimia China diadakan Beijing baru-baru ini. Wartawan dimaklumkan dalam seminar tersebut bahawa kadar penggunaan sumber tenaga di China pada masa ini hanya 32% sahaja, jumlah itu lebih rendah 10% berbanding negara-negara maju.
Penjimatkan penggunaan sumber tenaga merupakan satu cara penting untuk meningkatkan kualiti dan efisien pertumbuhan ekonomi di sebuah negara. Berdasarkan pengkajian bahawa jumlah penggunaan sumber tenaga boleh berkurang 15% hingga 27% di China pada tahun 2020 jika dasar penjimatan dan tindakan meningkatkan keefisienan pengeluaran dilaksanakan dengan berkesan.
Naib Setiausaha Agung Persatuan Pengkajian Kejuruteraan Petroleum dan Petrokimia China, Sun Menglan menyatakan, penjimatan penggunaan petroleum merupakan usaha penting dalam penjimatan sumber tenaga di China pasa masa akan datang. Demikian dinyatakan oleh beliau kerana masalah kekurangan petroleum adalah paling serius di China antara tiga jenis sumber tenaga utama, iaitu arang batu, gas asli dan petroleum.
Sumber tenaga arang batu dan gas asli dianggarkan mencukupi untuk pembangunan industri dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang. Manakala, jumlah import minyak mentah China mencapai 70 juta tan setiap tahun, dan jumlah itu dijangka akan meningkat kepada kira-kira 200 juta tan pada tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, China akan mengkaji dan mengimport teknologi tinggi penjimatkan minyak dari luar negara ketika mengembangkan industri pengeluaran kereta. Selain itu, China juga akan melaksanakan pelbagai tindakan yang lain untuk menjimatkan penggunaan sumber tenaga.
|