Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-12 10:23:27    
Enam Negara Asia akan Buat Program TV "Sungai Lancang-Sungai Mekong"

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, stesen TV kebangsaan China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam memutuskan bersama-sama membuat program TV yang bertema "Sungai Lancang-Sungai Mekong". Upacara penandatanganan perjanjian kerjasama telah diadakan di Beijing semalam.

Sungai Lancang-Sungai Mekong berasal dari Dataran Tinggi Qinghai-Tibet China, panjangnya 4880 kilometer dan ia mengalir melalui China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Ia merupakan sungai ke-6 terbesar di dunia.

Dimaklumkan bahawa program TV itu akan menggambarkan sumber alam, ekonomi, kebudayaan, agama, kehidupan rakyat dan sosial di kawasan aliran sungai tersebut.