Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-12 19:40:43    
Usahawan Cina Mainkan Peranaan Besar Dorong Kerjasama Ekonomi China-ASEAN

CRI
Bandar Nanning yang merupakan ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang, Guangxi China telah ditetapkan sebagai tempat kekal untuk mengadakan Ekspo China-ASEAN. Kawasan Ekonomi China-ASEAN yang terletak di pinggir bandar Nanning telah menarik pelaburan sebanyak lebih seratus juta Yuan Renminbi dalam tempoh sebulan sahaja.

"Taman Industri Singapura", "Taman Industri Indonesia" serta pelbagai taman lain yang dinamakan dengan negara ASEAN dalam Kawasan Ekonomi China-ASEAN telah menjadi tumpuan persaingan antara perusahaan China dan negara Asia Tenggara untuk mengadakan pelaburan di sana.

"Taman Industri Indonesia" telah dibina dengan dana sebanyak 1.5 bilion Yuan Renminbi yang dilabur oleh Kumpulan Jinfeng, Indonesia. Pengarah Urusan kumpulan tersebut, Encik Lam Man Kwong berkata, "usahawan Cina boleh menjadi orang tengah atau rakan kerjasama yang baik untuk memudahkan perusahaan China mengadakan pelaburan di negara ASEAN.

Ketua Pengarah Institut Pengkajian Asia-Pasifik, Akademi Sains Sosial China, Zhang Yunling berkata, "penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menyediakan peluang pengurusan yang banyak kepada usahawan Cina, di samping itu, mereka juga memainkan peranan sebagai 'pelopor' dalam usaha kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN".

China mempunyai kelebihan dalam penubuhan kawasan perdagangan bebas dengan ASEAN kalau dibandingkan dengan Jepun, Republik Korea, dan India kerana terdapat ramai orang Cina menetap di negara-negara Asia Tenggara, mereka boleh merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara ASEAN.

Perkembangan ekonomi yang pesat di China telah menyediakan peluang yang amat baik kepada usahawan Cina yang dapat memainkan peranan sebagai "jambatan" dalam proses perkembangan intergrasi ekonomi China-ASEAN.

Usahawan terkenal Thailand, Encik Chan dan perusahaannya dengan aktif mengambil bahagian dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN. Kerajaan China dan Thailand telah membatalkan tarif perdagangan terhadap lebih 100 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran pada 1 Oktober 2003, tindakan ini telah membuka pintu kepada penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Encik Chan telah mengambil kesempatan ini dan menjalankan perdagangan import-eksport buah-buahan antara Thailand dengan China, beliau yang menjadi pelopor dalam perdagangan baru hasil pertanian China-Thailand yang telah mencapai kejayaan.

Kerjasama China-ASEAN dalam bidang ekonomi, perdagangan dan teknologi telah memasuki "tempoh emas" kerana pasaran di kedua-dua pihak dapat saling melengkapi. Kadar peningkatan perdagangan dua hala China-ASEAN telah kekalkan sebanyak 20% dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak telah mencapai 105.8 bilion Dolar Amerika pada tahun lalu, dan meningkat 35% berbanding tahun 2003. ASEAN secara berterusan menjadi rakan dagang kelima terbesar bagi China dalam tempoh 12 tahun lalu.

Ekspo China-ASEAN pertama telah diadakan di China dengan tema Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah mewujudkan penjalinan kerjasama perdagangan, pelaburan dan teknologi dual hala secara menyeluruh. Dalam masa selama 4 hari Ekspo China-ASEAN itu diadakan, perusahaan dari sepuluh negara ASEAN telah menandatangi lebih seratus kontrak kerjasama yang bernilai 5 bilion Dolar Amerika dengan perusahaan China. Naib Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zheng Junjian berkata, "peniaga Cina di pelbagai negara ASEAN telah memberi sumbangan besar untuk menjayakan Ekspo China-ASEAn kali ini dalam bidang perkhidmatan dan perhubungan."

----Fadil