Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-13 13:38:23    
Pusat Perdagangan Jiefangbei Chongqing Provinsi Sichuan Di China

CRI

Bandar Chongqing merupakan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat China dan juga pusat ekonomi terkenal di bahagian barat China. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pembangunan sosioekonomi bandar Chongqing telah meningkat dengan pesat. Keluaran Dalam Negara Kasar Chongqing mencatat lebih 260 bilion yuan Renminbi pada tahun 2004, meningkat 12% berbanding tahun 2003.

 

Pusat Perdagangan Jiefangbei yang menarik itu sudah bersejarah seratus tahun. Oleh itu, tempat itu merupakan satu-satunya pintu keluar masuk yang sibuk di kawasan barat daya China dalam tempoh kira-kira 50 tahun kebelakangan ini. Kawasan itu seluas satu kilometer persegi, terdapat 7600 bangunan di kawasan itu termasuk pusat beli-belah, destinasi pelancongan, kedai, restoran, Institusi kewangan dan lain-lain. Antaranya 53 perusahaan jualan runcit, lebih 20 pasar raya yang seluas 5 ribu meter persegi. Pasar raya jarang dibina di kawasan lain dan banyak kemudahan perkhidmatan perdagangan juga terdapat di kawasan itu. Terdapat 5 kedai besar daripada 10 kedai jualan runcit di bandar Chongqing. Pusat perdagangan Jiefangbei merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang terbesar di China. Ia melambangkan pemandangan yang indah di Chongqing, salah sebuah bandar pergunungan di kawasan barat China. Encik Zhou berkata Pusat Perdagangan Jiefangbei itu amat menarik berbanding pada masa lalu, banyak bangunan tinggi dan megah, kedai, hotel, restoran dan Pawagam yang moden telah dibina di sana dan menjadi kemegahan penduduk Chongqing.

Kedai-kedai yang terletak di kawasan itu berjaya menarik ramai orang kerana peniaga di sana bersikap ramah-tamah dan menjual banyak barangan berjenama terletak dalam dan luar negara. Encik Li Jiacheng telah membina Hotel Haiyi dan Kedai Pasifik yang moden dan megah. Kedai Dikang pula sungguh menarik kerana ia terletak di Pusat Perdagangan Dunia Chongqing yang setinggi lebih 60 tinggi. Puan Zhang berkata kedai Jiefangbei sungguh menarik kerana menjual banyak barangan berjenama terkenal dan perkhidmatannya bertaraf tinggi. Bangunan itu semakin megah dan cantik selepas diubah suai dan dibesarkan. Aktiviti promosi jualan sering kali diadakan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Pusat perdagangan dan kedai tersebut menyediakan perkhidmatan yang baik untuk penduduk bandar tersebut dan menyediakan kemudahan kewangan dan jualan bon, insurans, restoran dan lain-lain. Terdapat 633 restoran yang terkenal, lebih 10 hotel mewah, lebih 110 institusi kewangan dan lebih 300 syarikat telekomunikasi serta 25 syarikat terkenal di dunia di Pusat Perdagangan itu. Pusast perdagangan Jiefangbei digelar sebagai pusat perdagangan moden contoh di China kerana tidak menjual barangan tiruan. Puan Li berkata Pusat Perdagangan itu sangat menarik kerana taraf perkhidmatannya yang tinggi, terdapat pasar raya yang moden, bangunan pejabat, hotel lima bintang, dan kemudahan perhubungan lalu-lintas yang baik.

Selepas China menganggotai WTO dan pelaksanakan strategik pembangunan secara besar-besaran di kawasan barat, Pusat Perdagangan Jiefangbei telah memainkan peranana yang besar dan merupakan kawasan pembangunan perdagangan yang terkenal. Perkhidmatan institusi kewangan di pusat perdagangan Jeifangbei pada masa ini telah berjaya menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang berkualiti tinggi dan pertama di kawasan bahagian barat China.