Naib Presiden Stesen TV China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah menyertai upacara penandatanganan perjanjian rangka tentang bekerjasama membuat Dokumentari TV Sungai Lancang-Sungai Mekong di Beijing kelmarin.
Sungai Lancang-Sungai Mekong bermula dari dataran tinggi Qinghai-Tibet, mengalir menerusi provinsi Yunan China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam dan mengalir ke laut di Delta sungai Mekong yang terletak di sekitar kota Ho Chi Minh. Panjangnya 4,880 kilometer dan menjadi sungai ke-6 terpanjang di dunia. Kawasan aliran Sungai Lancang dan Sungai Mekong merupakan jambatan yang menghubungkan China dan kawasan Asia Tenggara dan Asia Selatan, berpotensi besar dan disebut sub kawasan Sungai Mekong besar. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan tersebut merupakan kawasan utama dibangunkan bersama-sama oleh China dan negara-negara di kawasan aliran Sungai Mekong.
Untuk menggalakkan pembangunan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN, CCTV China menganjurkan bersama-sama stesen TV 6 negara tersebut membuat dokumentari TV yang mencerminkan sumber alam sekitar, ekonomi, kebudayaan, agama, kehidupan rakyat dan keadaan masyarakat di sub kawasan Sungai Mekong besar.
Pegawai program itu dari CCTV China, Wu Shengwei memaklumkan bahawa dokumentari TV itu sepanjang 1,000 minit dan dibahagikan kepada 20 siri, setiap siri 50 minit. Menurut jadual, dokumentari TV itu akan disiapkan menjelang penghujung tahun 2007 dan disiarkan pada waktu yang sama di saluran TV utama di 6 negara tersebut.
Niab Presiden CCTV China, Zhang Changming berkata, "Dokumentari TV itu akan mencerminkan masalah yang dihadapi bersama-sama oleh semi kawasan Sungai Mekong besar. Kami berharap mendorong persefahaman rakyat 6 negara tersebut dan meningkatkan kerjasama diplomatik, ekonomi dan kebudayaan China-ASEAN."
Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah perdagangan dua hala mencatat 105.9 bilion dolar Amerika pada tahun 2004. ASEAN sudah menjadi rakan dagang ke-4 terbesar bagi China.
|