|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China semalam mengumumkan, China dengan lebih awal setahun mencapai 2 matlamat yang ditetapkan dalam Rancangan Pembangunan 5 Tahun ke-10, iaitu tahun 2001 hingga tahun 2005. Jumlah KDNK China pada tahun 2004 mencapai 136.5 trilion yuan RMB, KDNK purata setiap orang melebihi 10 ribu yuan RMB. Pada 4 tahun lalu, jumlah KDNK China meningkat 8.6% purata setiap tahun, lebih tinggi berbanding 7% yang ditetapkan dalam rancangan pembangunan.
|