Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-16 10:56:11    
Myanmar Tuduh "Super Negara" Terlibat Dalam Peristiwa Letupan Bom di Rangoon

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, jurucakap kerajaan Myanmar yang juga Menteri Akhbar Kyaw Hsan berkata di Yangon semalam, menuduh "super negara" terlibat dalam peristiwa letupan bom secara berterusan yang berlaku di Rangoon pada 7 Mei.

Dalam sidang akhbar Kyaw Hsan berkata, pakar keselamatan yang menyiasat kes siri letupan bom tersebut menyatakan bahawa serangan tersebut adalah tindakan pengganas beberapa kumpulan anti kerajaan, sebelum melakukan serangan itu, mereka telah mengikuti latihan yang diberi oleh "supaer negara". Selain itu, bom jangka canggih yang digunakan oleh pengganas itu hanya dikeluarkan oleh negara maju, hanya mereka yang mengikuti latihan khas sahaja dapat menggunakannya.

Tiga peristiwa letupan bom berlaku di Rangoon pada petang 7 Mei. Pada masa ini, peristiwa tersebut telah mengakibatkan 19 orang mati dan lebih 100 orang cedera.