Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China dilaksanakan dengan melintasi kawasan-kawasan yang terdapat banyak artifak China. Naib Ketua Pengarah Muzium dan Data Arkeologi Negara China encik Zhang Bai dalam majlis taklimat yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China baru-baru ini menyatakan, "Pada masa ini, kerajaan telah memperuntukkan biaya, menghantar pegawai berkaitan untuk melindungi artifak tersebut. Kerajaan pelbagai tempat melaksanakan kerja perancangan khas berdasarkan permintaan jabatan berkaitan untuk membolehkan projek perlindungan artifak dilaksanakan dengan lancar."
Berdasarkan kajian selidik yang dilaksanakan oleh jabatan artifak, Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China dilaksanakan dengan melintasi 919 kawasan yang terdapat artifak penting China.
Encik Zhang Bai menyatakan, "Usaha perlindungan artifak dalam proses pelaksanaan Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China jauh lebih berat daripada usaha perlindungan artifak dalam Projek Tiga Gaung Sungai Yangtze." Ini kerana Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China dilaksanakan sepanjang lebih 2800 kilometer dengan melintasi tujuh provinsi dan bandar, sejumlah besar artifak harus diperlindungi. Artifak tersebut mencerminkan budaya zaman penting perkembangan bangsa China.
Menurut Encik Zhang Bai, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap usaha perlindungan artifak dalam proses pelaksanaan Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China. Pada bulan Mac lalu, pemimpin parti dan negara China menuntut jabatan berkaitan melaksanakan usaha perlindungan artifak dengan bersungguh-sungguh. Pegawai-pegawai jabatan tersebut pernah mengadakan banyak kali kajian selidik dan sidang untuk mengaturkan kerja peringkat awal. Kerajaan pelbagai provinsi dan bandar di sepanjang Projek Air Selatan Disalirkan ke Utara China menghantar kakitangan khas dan pakar mengadakan kajian selidik sejak tahun yang lalu.
Menurut Encik Zhang Bai, jabatan berkaitan menetapkan akan memulakan projek kawalan pada awal tahun ini, pada masa ini, 30 projek perlindungan artifak sedang dirancangkan.
|