Dalam tempoh banyak tahun yang lalu, untuk melaksanakan inovasi dalam penyelidikan sains, Akademi Sains China telah menumpukan perhatian melaksanakan kerjasama antarabangsa.
Pada akhir tahun lalu, dua satelit penyelidikan China telah dilancarkan secara rasmi. Kedua-dua satelit tersebut telah menghantar balik banyak data-data yang sangat berguna untuk tujuan penyelidikan. Ini menandakan rancangan kerjasama angkasa lepas China-Kesatuan Eropah—"Rancangan Dua Satelit" mencapai hasil. Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Perkembangan Teknologi Tinggi Akademi Sains China encik Liu Po menyatakan,
"Pada masa ini, kedua-dua satelit yang dilancarkan oleh China itu beroperasi dengan baik, kebanyakan data yang dihantar balik pertama kali didapati. Ahli Sains China dan Eropah telah menghasilkan lebih 70 buah tesis melalui kajian data yang dihantar balik oleh dua satelit tersebut."
"Rancangan Dua Satelit" tersebut dikemukakan oleh ahli sains yang bertugas di Akademi Sains China. Berdasarkan rancangan itu, dua satelit yang mengelilingi ruangan angkasa bumi di atas garisan khatulistiwa, Antartika dan Artik, meratkan perkembangan dan perubahan alam sekitar angkasa lepas bumi. Rancangan itu menarik perhatian saintis di arena antarabangsa pada ketika cadangan itu dikemukakan, idea itu mendapat sokongan Agensi Angkasa Lepas Eropah. Kemudian, Biro Angkasa Lepas China menandatangani perjanjian dengan Agensi Angkasa Lepas Eropah agar dua satelit penyelidikan yang dilancarkan oleh China tersebut diselaraskan dengan empat satelit yang telah dilancarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk menjalankan penyelidikan dari enam aspek alam sekitar angkasa lepas bumi. Penyelidikan itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah manusia. Data-data penyelidikan yang dihantar balik digunakan oleh kedua-dua pihak agar manusia dapat mengetahui angkasa lepas dengan lebih jelas.
Ketua Pengarah Biro Kerjasama Antarabangsa Akademi Sains China encik Guo Huadong menyatakan, Akademi Sains China akan terus meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk meningkatkan taraf kajian.
"Sebagai akademi sains milik negara yang paling penting di negara-negara membangun, Akademi Sains China harus belajar dan melaksanakan pertukaran dan kerjasama dengan badan pengkajian sains negara-negara maju dan beberapa negara membangun di dunia untuk meningkatkan taraf sendiri."
Pada masa ini, Akademi Sains China telah melaksanakan kerjasama dan pertukaran kepakaran dengan badan pengkajian sains dan universiti di lebih 40 negara dalam jangka panjang, manakala lebih 600 perjanjian telah ditandatangani oleh institut China dengan luar negara.
Persatuan Max Planck merupakan badan pengkajian sains paling penting di Jerman dan berreputasi tinggi di kalangan ahli sains sedunia. Akademi Sains China telah melaksanakan kerjasama selama lebih 30 tahun dengan badan tersebut. Presiden Persatuan Max Planck Profesor Peter Gruss memberitahu wartawan,
"Kerjasama kami saling menguntungkan. Sehubungan itu, Persatuan Max Planck telah melatih tenaga profesional dalam sumber kajian dalam dan luar negara, lebih ramai ahli sains muda dan pelajar yang mengikuti kursus Phd yang pernah mengikut latihan di Akademi Sains China bertugas di pelbagai institut Persatuan Max Planck."
----Ching
|