Pada suatu malam penghujung tahun 2004, Duta Besar Finland di China Bassin mengadakan jamuan makan malam khas di Kedutaan Besarnya dan menyampaikan pingat jasa yang dianugerahkan oleh Presiden Finland kepada seorang warga tua China.
Ini merupakan pertama kali Presiden Finland menganugerahkan pingat jasa kepada warga China. Siapa warga tua China tersebut dan kenapa beliau mendapat penghormatan seumpama itu?
Warga tua China tersebut bernama Du Zhongying yang berumur 73 tahun. Beliau pernah bertugas di Kedutaan Besar China di Finland dan juga pernah menyandang jawatan Duta Besar China di Republik Vanuatu dan Republik Kiribati.
Pada 52 tahun yang lalu, Encik Du Zhongying menamatkan pengajian di Kolej Pengajian Bahasa Asing Beijing dan bertugas di Kedutaan Besar China di Finland. Sejak itu, beliau berhubungan erat dengan Finland yang terletak sangat jauh dari China.
Du Zhongying berkata kepada wartawan CRI, "Tidak lama setelah bertugas di Kementerian Luar, saya turut dipilih bertugas di Kedutaan Besar China di Finland. Pada masa itu, saya berasa sangat gembira kerana saya suka negara itu. Finland bermakna bunga orkid yang harum dalam bahasa Mandarin. Kebetulan bunga orkid paling disuka oleh rakyat kampung halaman saya."
Setelah tiba di Finland, Du Zhongying berhasrat mengetahui semua keadaan di negara yang indah itu. Untuk lebih baik menjalankan tugasnya, Du Zhongying mulai mempelajari bahasa Finland dan membaca karya kesusasteraan Finland termasuk cerita kanak-kanak. Beliau berkata, "Guru memperkenalkan beberapa bahan bacaan kepada kami antaranya terdapat banyak cerita kanak-kanak. Saya mendapati cerita kanak-kanak Finland mempunyai keistimewaannya iaitu kebetulan dan kesalahan serta kebaikan dan kejahatan sangat jelas, ini berfaedah bagi pendidikan kanak-kanak. Waktu itu, saya sudah mempunyai rancangan, jika ada masa lapang, saya akan menterjemah buku buku itu dalam bahasa Mandarin agar dapat dibaca oleh kanak-kanak China."
Bagaimanapun, kerana sentiasa sibuk menangani tugas diplomatiknya, Du Zhongying tidak mempunyai masa untuk meuwjudkan hasrat tersebut.
Selain bertugas di Kedutaan Besar China di Finland, Du Zhongying juga pernah bertugas sebagai pegawai Delegasi China di Pejabat PBB di Geneva dan menyandang jawatan Duta Besar China di Republik Vanuatu serta Republik Kiribati.
Setelah bersara pada tahun 1994, Du Zhongying yang sudah berumur 64 tahun pada masa itu baru mempunyai cukup masa menterjemah cerita kanak-kanak Finland itu.
Puan Wu, isteri Du Zhongying berkata, "Beliau menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap penterjemahan buku, dan selalu berfikir-fikir tentang kata-kata yang sesuai. Kadang-kadang beliau berbincang dengan saya dan saya juga memberi bantuan kepadanya, misalnya menyalin manuskrip."
4 tahun kemudiannya, Du Zhongying berjaya menterjemahkan dan menerbitkan "Cerita Kanak-kanak Finland" yang merupakan karya cerita kanak-kanak Finland yang pertama yang diterjemah dan diterbitkan di China. Du Zhongying berkata, "Ramai kanak-kanak suka membaca buku itu. Terdapat cucu seorang rakan saya baru menelefon saya baru-baru ini dan bertanya bila saya menterjemah sebuah buku lagi? Dia bercakap dengan neneknya bahawa dia paling suka buku cerita kanak-kanak yang saya menterjemah setelah selesai membaca banyak cerita kanak-kanak lain. Saya berasa sangat gembira."
Duta Besar Finland di China Encik Bassin berkata, "Encik Du Zhongying telah menterjemah banyak karya kesusasteraan Finland. Saya berpendapat bahawa ini penting sekali bagi rakyat China mengetahui Finland. Beliau memberi sumbangan besar. Kami berpendapat bahawa usaha Encik Du Zhongying itu berfaedah bagi meningkatkan persefahaman antarabangsa."
----AZMI
|