Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-16 13:55:02    
China Tingkatkan Usaha Antidadah

CRI

Suruhanjaya Antidadah China mengadakan sidang pleno di Beijing baru-baru ini, memaklumkan kejayaan yang dicapai dalam usaha antidadah pada tahun 2004 di China, dan menetapkan rancangan kerja antidadah pada tahun 2005. Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Keselamatan Awam China encik Zhou Yongkang menuntut jabatan berkaitan di pelbagai tempat di China meningkatkan usaha antidadah, mencegah sumber dan ancaman dadah serta mengurangkan jumlah penagih dadah, berusaha memberi sumbangan baru bagi pembangunan sosialisme dan masyarakat harmoni.

Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Antidadah China encik Zhang Xinfeng terlebih dahulu memaklumkan kejayaan yang dicapai dalam usaha antidadah pada tahun 2004 di China. Beliau menyatakan, setelah melaksanakan aktiviti khas mencegah sumber dadah dan membanteras jenayah dadah, sebanyak 100 ribu kes jenayah dadah telah disiasat dan berjaya menangkap 67 ribu suspek, angka itu lebih banyak berbanding tahun 2003. Heroin yang dirampas berjumlah hampir 11 tan dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan dadah berjumlah 160 tan. Beliau menyatakan,

"Setelah melaksanakan pembanterasan dan kawalan yang berkesan, penawaran dan permintaan dadah mengalami perubahan ketara di China. Harga dadah meningkat dengan pesat, peningkatan jumlah kes jenayah dadah berjaya dicegah, sasaran awal antidadah berjaya dicapai."

Selain itu, kerajaan China juga melaksanakan usaha mencegah penagihan dadah dan membentuk "kawasan kediaman penduduk bebas dadah" pada tahun lalu, mengurangkan kemudaratan dadah terhadap masyarakat; mengadakan kempen dan pendidikan tentang antidadah untuk meningkatkan kesedaran penduduk awam terhadap usaha itu; menyertai dengan aktif usaha antidadah antarabangsa, meningkatkan kerjasama antarabangsa, khususnya bekerjasama dengan negara-negara jiran antaranya Filipina, menyiasat dan menyelesaikan kes penting jenayah dadah transnasional.

Akan tetapi, usaha antidadah di China tetap menghadapi kesukaran, bukan sahaja menghadapi cabaran dalam usaha membanteras penyeludupan dadah dari luar negara, tetapi juga menghadapi tekanan akibat peningkatan sumber dadah yang terus meningkat dalam negeri. Encik Zhang Xinfeng menyatakan,

"Pada masa ini, penyeludupan dadah dari "Tiga Segi Emas" iaitu kawasan sempadan Thailand, Myanmar dan Laos amat serius di China. Di samping jumlah kes penyeludupan Heroin terus meningkat, kes penyeludupan dadah "Ice" juga meningkat dengan banyak. Kemudaratan dan ancaman penyeludupan dadah dari Afghanistan terus meningkat; selain itu, kumpulan keganasan, kumpulan pemisah bangsa dan kumpulan pelampau agama Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang melaksanakan kegiatan di kawasan Asia timur, mengumpulkan dana melalui kegiatan penyeludupan dadah, mengancam dengan serius keselamatan dan kestabilan kawasan sempadan di China."

Encik Zhou Yongkang juga menuntut jabatan berkaitan di pelbagai tempat di China meningkatkan usaha antidadah, mencegah sumber dan ancaman dadah serta mengurangkan jumlah penagih dadah. Beliau menyatakan,

"Sebuah jabatan kerajaan di satu tempat sahaja tidak mampu menghadapi situasi jenayah dadah yang rumit dalam dan luar negara, mengatasi masalah dadah dan mengurangkan penjejasan dadah terhadap masyarakat seluruh negara. Sehubungan dengan itu, rakyat seluruh negara harus digalakkan menyertai usaha antdadah dalam jangka panjang."

----Ching