Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-16 20:06:43    
Malaysia: Pelucutan Senjata Mesti Dilakukan Bersungguh-sungguh

CRI

Menurut berita BERNAMA, Malaysia mahu pelucutan senjata dan sekatan pengeluaran senjata pemusnah besar-besaran dilakukan bersungguh-sungguh dalam konteks Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dijalankan dengan pemantauan antarabangsa yang tegas dan berkesan.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, minat di kalangan pihak tertentu yang semata-mata memberi tumpuan kepada aspek tertentu yang menghalang pengeluaran senjata tersebut tetapi tidak menghiraukan isu-isu yang sama penting, mesti dihentikan.

Demikian dinyatakan oleh Syed Hamid dalam ucapan perasmian pada Mesyuarat Rantau Asia mengenai Bantuan dan Perlindungan daripada Senjata Kimia di Kuala Lumpur Isnin. Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Fuzi.

Sepanjang persidangan empat hari ini, pakar-pakar OPCW akan memberikan maklumat berguna mengenai perancangan dan pewujudan sistem respons untuk melindungi penduduk awam daripada agen kimia.

Persidangan itu disertai wakil dari negara-negara Asia yang menandatangani Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang berkuatkuasa pada 29 April, 1997. Malaysia adalah antara negara yang menandatangani konvensyen itu.

Sila tekan sini untuk mendenga warta berita 16 Mei 2005.