Pada masa ini, ekonomi kereta berkembang maju di bandar Shanghai, bahagian timur China. Pergabungan pelbagai industri termasuk penyewaan, pelancongan dan kesukanan menyediakan banyak peluang kepada perkembangan ekonomi kereta.
Encik Fan yang bertugas dalam bank gembira sekali apabila menyebut cuti panjang. Beliau suka melancong dan telah menghubungi sejumlah kawan melalui laman web. Mereka memandu kereta sendiri melancong ke bandar Yangzhou sewaktu cuti panjang. Encik Fan berkata, memandu kereta sendiri agak bebas dan tidak disekatkan oleh jadual tetap. Bila mahu jalan dan bila mahu berhenti pun dipilih oleh pelancong sendiri. Beliau amat suka cara pelancongan itu.
Pada masa ini, China telah mempunyai pasaran kenderaan yang paling cepat perkembangannya, dan sistem lebuh raya di negara ini berkembang menjadi yang kedua paling maju di dunia selepas A.S.. Maka terdapat semakin ramai pelancong China memilih cara memandu kereta sendiri apabila melancong ke tempat lain. Untuk menduduki pasaran, Kumpulan Hotel Continental Britain mengadakan aktiviti eksplorasi memandu kereta sendiri di Shanghai pada 19 April.
Encik Ye Shuqiang, Ketua Pengarah Jabatan Rantau Asia-Pasifik Kumpulan Hotel Continental Britain memaklumkan, syarikatnya mengambil berat potensi besar dalam pasaran pelancongan dengan memandu kereta sendiri di China, dan telah mereka bentuk cara promosi motel. Matlamatnya adalah untuk mendorong perkembangan pelancongan istimewa di China.
Di Shanghai juga terdapat ramai penduduk yang mempunyai lesen memandu tetapi masih belum mempunyai kereta sendiri. Sebelum cuti panjang , mereka suka memesan kereta sewa yang disediakan perkhdimatan pemandu.
Selain itu, Shanghai juga selalu mengadakan pameran kereta dan perlombaan kereta seperti Formula F1 dan perlombaan kereta mewah V8 Jerman.
Berdasarkan aktiviti sukan yang popular, perkembangan ekonomi kereta Shanghai mempunyai masa depan yang cerah.
----AZMI
|