Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-17 10:45:30    
Singapura Akan Tingkatkan Kerjasama Dengan Negara-Negara Jiran Dalam Bidang Antikeganasan

CRI

Menurut berita CRI, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Dr. Tony Tan semalam menyatakan, Singapura akan meningkatkan kerjasama dengan Indonesia, Malaysia dan Thailand dalam bidang antikeganasan.

Menurut laporan media Singapura, ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen, Dr. Tony Tan berkata, kerjasama antikeganasan antara Singapura dengan negara-negara jiran telah mencapai hasil yang berkesan, namun kerjasama tersebut harus ditingkatkan lagi.

Beliau berkata, walaupun Singapura telah mengesan jaringan kumpulan Jemaah Islamiah di Singapura, tetapi pelbagai anggotanya telah melarikan diri dan mungkin bersembunyi di Indonesia. Singapura akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Indonesia dalam bidang tersebut. Ketika memperkatakan Malaysia, Dr. Tony Tan berkata, Singapura akan bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia untuk menyelaraskan operasi perondaan di Selat Melaka. Selain itu, memandangkan situasi di bahagian selatan Thailand yang kurang stabil, Singapura juga akan meningkatkan kerjasama dengan Thailand bagi menjamin keselamatan di pelbagai destinasi pelancongan di Thailand.

Silan tekan sini untuk mendengar warta berita 17 Mei 2005.