|
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Bandar Guilin Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China encik Tang Cheng memberitahu wartawan baru-baru ini bahawa pegawai Syarikat Pengeluar Ubat Guilin memintanya membantu mereka meningkatkan daya saing ubat-ubatan keluaran syarikat itu di pasaran dengan menggunakan teknologi perlindungan ekologi alam sekitar. Dengan bantuan Jabatan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Bandar Guilin, teknologi perlindungan ekologi alam sekitar telah digunakan di pelbagai proses pengeluaran, taraf perlindungan ekologi alam sekitar syarikat itu mencatat standard antarabangsa, sehingga barangan keluaran syarikat itu dijual dengan segera di pasaran Eropah dan Amerika.
Menurut maklumat encik Tang Cheng, disebabkan para pengguna semakin menumpukan perhatian terhadap standard perlindungan ekologi alam sekitar, pemimpin di kebanyakan syarikat bandar Guilin mulai mengambil tindakan secara inisiatif untuk melindungi ekologi alam sekitar.
Kebanyakan syarikat mendapat faedah daripada kawalan pencemaran, sehubungan dengan itu, mereka mulai menumpukan perhatian terhadap perlindungan ekologi alam sekitar. Syarikat pengeluar kertas Lipu Bandar Guilin pernah merupakan sebuah perusahaan yang pencemarannya serius, pelupusan kumbahan air mengakibatkan pencemaran air menimbulkan ketidakpuasan penduduk di kawasan hilir sungai. Pada tahun 2003, Jabatan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Bandar Guilin mengadakan tinjauan terhadap perusahaan itu, mendenda dan mengarahkan perusahaan itu berhenti pengeluaran untuk mengawal pencemaran. Perusahaan itu terpaksa memperuntukkan sebanyak lebih sejuta Yuan RMB untuk membeli kemudahan kawalan pencemaran agar taraf pelupusan kumbahan air mencatat standard kerajaan. Jabatan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Bandar Guilin membantu perusahaan itu mengitar semula air kumbahan, memperoleh sejumlah besar alkali daripada air kumbahan setiap tahun. Pendapatan perusahaan itu meningkat lebih 20 juta Yuan RMB dengan menjual alkali tersebut setiap tahun, sehingga perusahaan itu berkembang secara sihat dan pemimpin perusahaan itu berminat terhadap perlindungan ekologi alam sekitar.
|