Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-18 14:37:39    
Lee Hsien Loong Kritik Kenyataan Junichiro Koizumi

CRI

Wartawan CRI melaporkan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengkritik keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi yang menegaskan bahawa beliau akan terus menziarahi Yasukuni Jinja, dan menuntut beliau menghentikan tindakan itu.

Demikian dinyatakan oleh Lee Hsien Loong dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh wartawan media Jepun dan Singapura yang diadakan semalam. Beliau berkata, di Yasukuni Jinja pemimpin Jepun menyembah roh penjenayah kelas A Perang Dunia II, tindakan pemimpin Jepun mengziarahi Yasukuni Jinja akan menimbulkan kenangan rakyat negara Asia termasuk Singapura terhadap sejarah malang pada zaman silang. Penjenayah perang tidak harus diziarahi.

Pihak media berpendapat, pendirian Singapura itu menunjukkan, pelbagai negara Asia Tenggara bersama-sama dengan China dan Republik Korea, tidak berpuas hati terhadap tindakan pemimpin Jepun tersebut.