Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-18 10:43:49    
Pakar Kewangan Antarabangsa Kritik Tindakan A.S. Desak China Naikkan Nilai RMB

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, ramai pakar kewangan antarabangsa terkenal yang menghadiri Forum Fortune yang diadakan di Beijing semalam mengkritik tindakan A.S. mendesak kerajaan China menaikkan nilai RMB sebagai tindakan tidak berasas, mereka berpendapat A.S. harus mengurangkan defisitnya untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara tersebut.

Pakar kewangan Bank HSBC, Stuart T.Gulliber berkata, kelebihan perdagangan China wujud kerana China mempunyai tenaga kerja yang murah. Perdagangan China-A.S. hanya menempati 10% perdagangan A.S., jika nilai RMB dinaikkan 25%, masalah kekurangan perdagangan A.S. masih tidak dapat diselesaikan.

Ahli ekonomi Morgan Stanley, Stephen S.Roach menyatakan, tindakan A.S. mendesak China menaikkan nilai RMB adalah bermotif politik.