Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-18 16:08:15    
China Melaksanakan Dasar Pembaharuan Ekonomi.

CRI

Sebelum penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, China merupakan negara yang mundur dengan penduduk seramai kira-kira 500 juta orang yang menetap di kawasan seluas 9 juta 600 ribu kilometer persegi.

Berdasarkan peningkatan pertumbuhan ekonomi yang pesat, China menjadi sebuah negara pertumbuhan ekonomi yang mempunyai potensi yang besar di dunia. Taraf hidup rakyat China telah meningkat dengan cepat. Rancangan Lima Tahun ke-9 China telah dilaksanakan dalam tempoh tahun 1953 hingga tahun 2000 dan juga mencapai kejayaan besar. Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu China dilaksanakan pada tahun 1979, pertumbuhan ekonomi China telah meningkat dengan cepat. Jumlah KDNK China pada tahun 2002 telah melebihi satu trilion yuan Renminbi, meningkat 8% berbanding tahun sebelumnya.

Pembaharuan struktur ekonomi China merupakan tugas penting kerajaan. Dalam tempoh 30 tahun, selepas China baru ditubuhkan, kerajaan China melaksanakan dasar ekonomi perancangan dalam jangka masa yang panjang. Suruhanjaya Perancangan Pembangunan Negara China, salah satu jabatan negara yang khusus merancang dan menetapkan arah tuju pembangunan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang. Kilang menghasilkan barang-barang keluasan industri berdasarkan rancangan negara. Petani menanam tumbuh-tumbuhan pertanian juga berdasarkan rancangan negara. Pertumbuhan ekonomi China meningkat dengan cepat berdasarkan sistem tersebut dan membatasi kecepatan pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, pemimpin China mengambil tindakan penting untuk merapatkan jurang pertumbuhan ekonomi China dengan negara lain. Dasar pembaharuan dan buka pintu itu juga telah dilaksanakan di desa China pada tahun 1978. Sistem memberi hak kepada keluarga petani menyewa tanah di kawasan desa telah dilaksanakan dan kaum petani boleh menggunakan tanah tersebut untuk tujuan pertanian secara bebas. Mereka secara bebas kerja penanaman tersebut dan menguruskan hasil pertanian supaya meningkatkan inisiatifan mereka dengan cepat.

Berdasarkan Rancangan Lima Tahun ke-10 China, ekonomi pasaran sosialisme China telah meningkat dengan mantap. Rancangan Lima Tahun ke-9 telah dilaksanakan pada tahun 1996 hingga tahun 2000 dan juga mencapai kejayaan besar. Rancangan Lima Tahun ke-10 dilaksanakan pada tahun 2001 dan mencapai kejayaan yang membanggakan pada abad baru. Antara pembangunan yang dilaksanakan dalam tempoh tahun 2001 hingga tahun 2005 ialah projek bekalan elektrik dari bahagian barat ke timur, bekalan gas dari bahagian barat ke timur dan bekalan air dari bahagian selatan ke utara merupakan tiga projek penting kerajaan China agar memperbaiki keadaan pertumbuhan ekonomi dan tenaga di seluruh negara. China telah menjana tenaga elektrik kuasa air, arang batu, gas dan minyak dari kawasan bahagian barat. Biaya perbelanjaan projek bekalan elektrik dair bahagian barat ke timur berjumlah 116 bilion yuan Renminbi dan telah dilaksanakan secara menyeluruh pada masa ini. Saluran paip sepanjang 4 ribu 200 kilometer akan dipasang dari bahagian barat ke bahagian timur menerusi 9 provinsi, bandar dan wilayah autonomi China. Biaya pelaksanaan projek bekalan gas itu berjumlah 300 bilion yuan Renminbi dan sebahagian projek itu telah selesai dilaksanakan pada akhir tahun 2002. Projek bekalan air dari selatan ke utara China telah dimulakan secara rasmi pada 27 Disember tahun 2002. sebanyak 156 bilion yuan Renminbi telah diperuntukkan untuk menjayakan projek fasal pertama dan dijangka selesai pada tahun 2010 untuk mengatasi kekurangan air yang serius di kawasan bahagian utara China, di samping itu, menetapkan peraturan yang munasabah penggunaan air di sungai-suangai Yangtze, Suangai Kuning, Sungai Huahe dan Sungai Haihe China.