Menurut Agensi Berita Xinhua di bandar Kashi, Wilayah Autonomi Xinjiang di bahagian barat laut China semalam, setelah Maco Polo melancong di China pada 8 abad yang lalu, pasukan lori Renaut Perancis yang pertama menyusuri bekasnya datang ke China.
Aktiviti tersebut merupakan komponen aktiviti tahunan budaya Perancis dan promosi lori Renaut memasuki pasaran China.
Pasukan lori tersebut bertolak dari Lyon, Perancis pada 2 April dan berjalan menyusur Jalan Sutera Kuno. Mereka telah memandu lori Renaut melalui 13 buah negara dan berjalan sepanjang lebih 15 ribu kilometer.
Pada malam 16 Mei lalu, pasukan lori tersebut telah tiba di bandar Kashi, bahagian barat China dan mendapat sambutan hangat rakyat tempatan.
Pada pukul 10 malam, bandar Kashi masih belum gelap. Terdapat 8 lori dipandu perlahan-lahan memasuki Lapangan Rakyat Bandar Kashi. Penduduk tempatan tunggu di luar pagar dengan rapi untuk menantikan kedatangan tamu asing.
Kashi sebagai bandar yang lokasinya paling barat di China merupakan pekan penting di sepanjang Jalan Sutera Kuno dan juga tempat pergabungan pertukaran kebudayaan dan ekonomi timur-barat.
Pada masa seawal lebih 2,000 tahun yang lalu, Kashi telah berfungsi sebagai satu pusat perdagangan dan pasarnya merupakan pasar antarabangsa yang paling awal terbentuk di bahagian barat China.
Encik Wang Jianhua, Naib Datuk Bandar Kashi dalam upacara sambutan berkata, "aktiviti eksplorasi kali ini amat mendorong pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara kedua-dua negara China dan Perancis, meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua negara dan melindungi kepelbagaian budaya dunia."
Pengurus Besar Syarikat Lori Renaut di China Encik He Bin memberi cendera mata kepada Encik Wang Jianhua iaitu skaf kain sutera yang berukuran 1.2 meter kali 1.2 meter yang disuram gambar eksplorasi. Beliau berkata, "Kami menghadiahkan kain sutera kepada bandar yang dilalui kali ini, ia bukan mata wang yang digunakan dalam perdagangan barangan, dan sebenarnya melambangkan persahabatan."
Pada masa ini, Syarikat Renaut Perancis menetapkan Syarikat Dongfeng China sebagai rakan kerjasama. Berdasarkan rancangannya, Syrikat Renaut akan mengeluarkan 36 ribu lori besar di China pada tahun 2006 dan jumlah tersebut akan ditingkatkan pada 50 ribu pada tahun 2010.
----AZMI
|