Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Perdagangan China, Bo Xilai semasa menemui Pengerusi Persatuan Perdagangan A.S. Thomas Donohue di Beijing semalam menyatakan, tindakan kerajaan A.S. melakukan sekatan terhadap tiga jenis barangan tekstil China itu tidak bersesuaian dengan konsep perdagangan bebas yang dianjurkan oleh A.S.. Tindakan tersebut tidak bijak, China menentang tindakan A.S. tersebut.
Bo Xilai berkata, perkembangan perdagangan barangan tekstil China-A.S. bersesuaian dengan kepentingan bersama. Kedua-dua pihak harus meningkatkan kerjasama, menangani dengan baik masalah perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.
Thomas Donohue berkata, kalangan perdagangan A.S. berpendapat hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China sangat penting, Persatuan Perdagangan A.S. bersedia meningkatkan penerangan yang berfaedah meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi China-A.S., bersama-sama menyelesaikan masalah, dan mendorong perkembangan perdagangan dua hala dan pelaburan.
|