Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-19 18:58:13    
Wu Yi Hadiri Upacara Perasmian Pameran Gerai China dalam Ekspo Sedunia Aichi Jepun

CRI

Wartawan CRI melaporkan, upacara perasmian balai pameran China dalam Ekspo Sedunia Aichi Jepun tahun 2005 telah diadakan di Ekspo Sedunia di bandar Nagoya, Aichi hari ini. Naib Perdana Menteri China Wu Yi telah menghadiri upacara tersebut.

Semasa menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian, Wu Yi menyatakan, tema utama aktiviti kali ini ialah "Alam, Bandar dan Harmoni-Kesenian Hidup". China akan terus mempamerkan penggabungan dan perkembangan kebudayaan tradisional dan tamadun moden China kepada rakyat Jepun dan seluruh dunia melalui aktiviti tersebut, agar lebih ramai orang dapat merasa kecerdikan dan keghairahan rakyat China menciptakan kehidupan yang baru.