Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-19 15:26:20    
Sektor Pembinaan Jalan Raya China Berusaha Rancakkan Pertukaran China-ASEAN

CRI

Provinsi Yunnan yang terletak di barat daya China mempunyai kawasan pergunungan yang luas. Keadaan bentuk muka bumi tersebut telah menyukarkan perhubungan di sana pada zaman silam. Namun, jalan raya yang sepanjang 164 ribu kilometer telah menjadikan Yunnan sebagai provinsi yang mempunyai jalan raya paling panjang di China pada masa ini, antaranya lebuh raya ekspres sepanjang lebih 1300 kilometer telah dibina di sana. Jaringan lebuh raya yang dibina di provinsi Yunnan dapat menghubungkan provinsi Sichuan, provinsi Guizhou dan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi serta bandar-bandar di Vietnam, Laos dan Myanmar. Kemudahan perhubungan yang baik telah memudahkan rakyat China dan negara-negara Asia Tenggara menjalankan pertukaran dan kerjasama.

Terowong Bijiguan terletak di jalan pintas dari Kunming ke Anning di lebuh raya ekspres Yunnan-Myanmar. Projek pembinaan jalan itu diusahakan oleh Syarikat Jalan Raya dan Jambatan Provnis Yunnan Berhad seluas 6 lorong laluan kereta dua hala di jalan tersebut. Dimaklumkan, masa perjalanan dari Kunming, China ke Lashio, Myanmar akan dikurangkan sehari dengan perasmian tembusan jalan tersebut. Ini tentu sekali akan memudahkan pertukaran atnara rakyat kedua-dua negara.

Encik Zheng Guangying yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam pembinaan terowong. Beliau memaklumkan kepada wartawan, "terowong jalan ini sepanjang 1380 meter. Setakat ini, kami telah menyelesaikan projek sedalam 91 meter. Kelengkapan mesin yang disediakan sudah mencukupi. Seramai lebih 180 orang pekerja cukup bersemangat menjalankan tugas di sini.

Syarikat Jalan Raya dan Jambatan Provinsi Yunnan Berhad merupakan sebuah perusahaan milik negara yang sudah bersejarah lebih 50 tahun. Kini, mereka meningkatkan usaha pembinaan jalan raya yang bertujuan untuk merancakkan pertukaran antara Yunnan dengan negara-negara Asia Tenggara yang menjadi semakin erat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Syarikat itu juga mendapat pujian kalangan masyarakat dalam dan luar negara kerana mereka tetap mengutamakan perlindungan ekologi alam sekitar.

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Jalan Raya dan Jambatan Provins Yunnan Berhad, Lu Shize berkata, "kerajaan telah mengemukakan konsep pembangunan masyarakat harmoni sosialisme. Kami memahami konsep harmoni antara manusia dan alam. Maka, syarikat kami tetap mengutamakan perlindungan ekologi alam sekitar dalam pembinaan jalan raya pada tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun pihak kami telah mengalami kerugian kerana prinsip tersebut.

Yunnan merupakan kawasan hulu Sungai Yangtze, Sungai Mekong, Sungai Mutiara dan pelbagai sungai besar yang lain. Maka, keadaan ekologi alam sekitar di sana berkaitan secara langsung dengan kepentingan rakyat China dan pelbagai negara Asia Tenggara yang menetap di kawasan hilir sungai-sungai tersebut. Tindakan melindungi alam sekitar dengan menetepikan kepentingan keuntungan yang dijalankan oleh Syarikat Jalan Raya dan Jambatan Provins Yunnan Berhad telah mendapat pujian negara-negara Asia Tenggara di kawasan hilir Sungai Mekong. Kementerian Komunikasi Laos telah menawarkan tender kepada syarikat itu untuk menjalankan projek pembinaan lebuh raya Yunnan-Laos di negara itu. Dengan itu, Syarikat Jalan Raya dan Jambatan Provins Yunnan Berhad telah menjadi perusahaan China yang pertama menjalankan pembinaan jalan di negara Asia Tenggara.

----Wang Jin