Menurut Agensi Berita China, Persatuan Industri Tekstil China mengeluarkan pengumuman hari ini, menyatakan kemarahan dan bantahan keras terhadap kerajaan A.S. dua kali memutuskan menyekat barangan tekstil China dalam tempoh 5 hari yang lalu.
Pengumuman itu berkata, tindakan A.S. itu telah memperhebat perselisihan perdagangan barangan tekstil China-A.S., menjejaskan prinsip perdagangan bebas, kalangan sektor tekstil China tidak memahami tindakan A.S. tersebut. Kalangan sektor tekstil China berpendapat bahawa jika mengizinkan kerajaan A.S. terus mengambil tindakan seumpama itu, kepentingan yang adil sektor tekstil China akan mengalami kerugian besar, proses integrasi perdagangan barangan tekstil dunia akan dipengaruhi.
|