Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 18 Mei, laporan nilai jenama China 2004 menunjukkan bahawa jenama Bir Yanjing bernilai 13.745 bilion Yuan RMB dan merupakan salah satu daripada 10 jenama yang perkembangannya paling maju di China dalam tempoh 10 tahun lalu.
Kenapa Bir Yanjing dapat berkembang begitu pesat?
Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Bir Yanjing Beijing Encik Li Fucheng berpendapat bahawa ini kerana syarikatnya sentiasa mempertahankan panduan "Mengembangkan industri bir negara sendiri dan berusaha mencipta jenama terkenal di arena antarabangsa" sehingga dapat beransur-ansur meningkatkan daya saing jenama Bir Yanjing dan reputasinya di dunia.
Seperti banyak perusahaan terkenal di China, perkembangan Bir Yanjing bergantung kepada pengurusan kualiti yang teliti, pembaharuan teknologi dan konsep pasaran yang rasional.
Pada tahun 1996, jumlah pengeluaran bir Kumpulan Yanjing telah ditingkatkan ke 570 ribu tan setiap tahun daripada 10 ribu tan setiap tahun pada masa yang kilangnya baru ditubuhkan, dan turut menjadi perusahaan bir yang terbesar di China.
Pada tahun 1997, berdasarkan sokongan kerajaan bandar Beijing dan Jawatankuasa Kawalan Sekuriti China, Syarikat Bir Yanjing secara berasingan berjaya memasuki pasaran saham di Hong Kong dan Shenzhen dan mengumpulkan dana sebanyak 3.15 bilion Yuan RMB.
Pada masa ini, Syarikat Bir Yanjing telah menggabungkan 15 buah perusahaan di tempat lain.
Pada tahun 2004, jumlah keseluruhan pengeluaran bir perusahaan Syarikat Bir Yanjing di tempat lain mencatat 1.82 juta tan, dan labanya mencapai 183 juta Yuan RMB.
Encik Li Fucheng berkata, "jenama dicipta dalam persaingan, jika tanpa persaingan, juga tidak terdapat jenama".
Pada masa ini, Bir Yanjing telah berkembang dari satu jenama di bandar Beijing kepada satu jenama yang terkenal di seluruh negara China.
Dalam pasaran bir di China pada tahun 2004, Bir Yanjing sekali lagi menduduki tempat pertama dalam bidang jumlah penjualan.
----AZMI
|