Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Pegawai Kanan ASEAN-China, Jepun, Republik Korea (10+3) telah diadakan di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Pegawai kanan kementerian luar pelbagai negara telah menghadiri sidang tersebut.
Penolong Menteri Luar China, Shen Guofang yang menghadiri sidang itu menyataka, pihak China menyokong perbincangan tentang penubuhan komuniti Asia Timur melalui saluran 10+3. Tambah beliau, pelbagai negara perlu terus meningkatkan kerjasama ekonomi, dan mewujudkan rangka kerjasama menyeluruh yang meliputi bidang politik, keselamatan dan sosial.
|