Menurut Harian Renminribao China, sidang penubuhan sistem hutan perlindungan pantai telah diadakan di provinsi Hainan, China semalam. Sidang itu memutuskan bahawa akan berusaha meluaskan kawasan penanaman pokok seluas lebih 9.2 juta hektar sehingga tahun 2010.
Berdasarkan statistik, kawasan seluas 3.8 juta hektar telah ditanam pokok di kawasan pantai China dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dan kadar litupan hutan di kawasan itu melebihi 35%. Namun hutan pantai yang sedia ada masih tidak mampu untuk mencegah bencana Tsunami atau angin ribut arah laut.
|