Perkhidmatan Talian Penting "8890 Laman Web Perkhidmatan Keluarga" dibuka secara rasmi di bandar Tianjin baru-baru ini.
Pada pukul lapan pagi, seiring dengan penyambungan talian penting khidmat nasihat, lebih 30 panggilan telefon telah diterima dalam lima minit, para kakitangan memulakan perkhidmatan profesional mereka.
Cik Cai Lei yang baru masuk kerja menerima telefon encik Jiang di kawasan kediaman Nankai. Encik Jiang berkata tong tempat buang air keluarganya rosak dan harus dibaik pulih oleh pekerja profesional.
Cik Cai segera mencatat nama, alamat kediaman dan nomber telefon keluarga encik Jiang, kemudian mencari pusat perkhidmatan membaik pulih peralatan air dan elektrik yang lokasinya paling dekat dengan rumah encik Jiang menerusi laman web. Kerja itu diselesaikan dengan menggunakan masa tidak sampai satu minit.
Selepas itu, Cik Cai harus mendapat maklumat tentang kerja perkhidmatan perusahaan dan pendapat penduduk.
Puan Li yang pernah mendapat perkhidmatan "8890 Laman Web Perkhidmatan Keluarga" memberitahu wartawan, "Saya berasa pertama perkhidmatan itu memudahkan kami, kerana pada masa dahulu, kami harus mencari di merata tempat untuk mendapat perkhidmatan dan kedua ialah perkhidmatan itu disediakan dengan cepat. Saya mendapat jawapan dalam panggilan kali pertama. Kerajaan membantu kami menyelesaikan masalah kehidupan, kami senang hati."
Setelah mengetahui kerja pusat "8890 Laman Web Perkhidmatan Keluarga" tersebut, lebih 20 wakil Kongres Rakyat dan anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat bandar Tianjin menyanjung tinggi kerja mereka. Wakil Kongres Rakyat Zeng Lanxiang menyatakan, "pembukaan talian penting "8890 Laman Web Perkhidmatan Keluarga" memang bermanfaat bagi memudahkan kehidupan para penduduk bandar Tianjin. Ini merupakan tugas yang baik yang dijalankan oleh kerajaan bandar Tianjin. Diharapkan para kakitangan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kehidupan penduduk awam."
|