|
Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 20 Mei, saintis Republik Korea dan A.S. memaklumkan pada 19 Mei bahawa mereka menggunakan teknologi pemindahan sel stem mengklon embrio peringkat awal dengan sel stem kulit pesakit, dan berjaya menghasilkan sistem sel stem embiro baru. Kejayaan tersebut amat mendorong kemajuan teknologi "Klon Klinik" yang sungguh bermakna.
Kejayaan sains tersebut telah diterbitkan dalam edisi laman web majalah "Sains" pada 19 Mei lalu.
Profesor Ong Ngu-sik dari Universiti Seoul Republik Korea mengetuai kumpulannya melakukan kajian tersebut. Beliau dan kumpulannya pernah menggunakan teknologi yang sama mengklon embrio peringkat awal dengan sel badan manusia dan berjaya menghasilkan sel stem pada tahun 2004.
Dalam kajian terkini itu, para saintis mencapai 2 kemajuan iaitu pertama, semua sel badan yang digunakan untuk mengklon embrio peringkat awal diambil daripada pesakit yang mengidap penyakit yang berbeza-beza. Manakala, sel stem embrio yang dihasilkan mempunyai potensi dipecahkan menjadi pelbagai sel tubuh , dan gennya sama dengan gen pesakit itu. Maka sel tubuh yang sihat mungkin boleh dihasilkan untuk menggantikan sel rosak akibat penyakit sehingga dapat mengelakkan reaksi penyingkiran yang kerap berlaku dalam operasi cedung.
Kemajuan kedua ialah: saintist amat meningkatkan teknologi mengklon embrio peringkat awal dan menghasilkan sel stem.
Saintist mengambil inti sel daripada 185 sel telur dan secara berasingan menanam sel itu dalam inti sel dalam sel badan. Kemudiannya, saintis memperoleh 11 sistem sel stem. Berbanding kajian pada tahun 2004, kumpulan Profesor Ong Ngu-sik hanya memperoleh satu sistem sel stem. Ini mencerminkan saintis meningkatkan 10 kali ganda keefisienannya.
----AZMI
|