Menurut berita CRI, Sidang Pegawai Kanan Forum Rantau ASEAN Ke-12 telah diadakan di Vientiane, Laos semalam. Situasi keselamatan antarabangsa dan rantau merupakan topik utama dalam forum tersebut.
Para peserta berpendapat bahawa situasi di kawasan Asia-Pasifik stabil pada keseluruhannya, kerjasama dan dialog serantau semakin ditingkatkan, namun pelbagai negara masih menghadapi cabaran keselamatan akibat kumpulan keganasan dan jenayah transnasional. Pelbagai negara perlu terus meningkatkan kerjasama untuk memelihara perdamaian dan kestabilan serantau.
Wakil China Shen Guofang semasa menyampaikan ucapan berkata, China akan aktif meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan negara lain untuk mendorong stabilan dan kemakmuran serantau.
|