Menurut Agensi Berita Xinhua, para pedagang Taiwan yang menyertai Sidang Pertukaran Ekonomi dan Teknologi Guangdong-Taiwan ke-7 masing-masing menyatakan, tidak kira sekarang kami akan menghadapi berapa banyak halangan, tetapi hasil pertanian Taiwan pasti akan terus memasuki pasaran Tanah Besar.
Difahamkan, oleh sebab kedua-dua pantai Selat Taiwan sekarang tidak menjalankan perdagangan dan pengangkutan secara langsung, buah-buahan Taiwan akan diangkut ke Tanah Besar melalui Hong Kong, harganya di Tanah Besar lebih tinggi 40% berbanding harga di Taiwan.
Pada masa panjang yang lalu, halangan terbesar bagi memperluaskan penjualan hasil pertanian Taiwan di Tanah Besar adalah pihak berkuasa Taiwan mengganggu kerjasama pertanian kedua-dua pihak dengan isu bukan ekonomi.
|