Menurut berita CRI, Bank Pusat China memaklumkan semalam bahawa China memutuskan akan menyumbang 2 juta dolar Amerika kepada Pertubuhan Mata Wang Antarabangsa (IMF) dalam "Akaun Bunga Bantuan Kecemasan selepas Konflik dan Bencana Alam".
Dimaklumkan bahawa "Akaun Bunga Bantuan Kecemasan selepas Konflik dan Bencana Alam" yang ditubuhkan oleh IMF terutamanya menyediakan pinjaman wang bunga rendah kepada negara yang berpendapatan rendah yang pernah dilanda oleh bencana alam seperti Tsunami Lautan Hindi.
|