Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-22 15:49:18    
Tanah Besar China dan Hong Kong Disenaraikan dalam Senarai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pihak media Hong Kong melaporkan, berdasarkan statistik 2004 yang diumumkan oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia terhadap jumlah pelancong di pelbagai negara dan kawasan di seluruh dunia, Tanah Besar Chin dan Hong Kong disenaraikan dalam senarai 10 destinasi pelancongan yang terbaik di dunia.

Berdasarkan statistik tersebut, Tanah Besar China dikunjungi oleh seramai lebih 41 juta pelancong tahun lalu dan mengalahkan Itali berjaya menduduki tempat ke-4 dari tempat ke-5 antara 10 destinasi pelancongan yang terbaik di dunia.

Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China dikunjungi oleh seramai 21.8 juta pelancong tahun lalu yang merupakan rekod tertinggi dalam sejarahnya dan buat pertama kali menduduki tempat ke-7 antara 10 destinasi pelancongan yang terbaik di dunia.