Menurut berita CRI, berdasarkan data yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara China hari ini, mulai dari bulan Januari hingga April tahun ini, industri besar dan sederhana China mencapai keuntungan kira-kira 390 bilion yuan RMB, meningkat lebih 15% berbanding masa yang sama tahun lalu.
Berdasarkan statistik itu, peningkatan keuntungan industri minyak, arang batu, industri kimia, besi baja dan lain-lain bertambah agak cepat dalam empat bulan pertama tahun ini berbanding masa yang sama tahun lalu.
|