Menurut Agensi Berita Xinhua China, kumpulan pembersihan seramai kira-kira 100 orang yang terdiri daripada pasukan Mendaki Gunung Tibet China dan sukarelawan perlindungan alam sekitar hari ini meninggalkan Lhasa, Tibet menuju kawasan puncak Qomolangma. Mereka akan berusaha bersama-sama membersihkan sampah dari ketinggian 5120 meter hingga 8000 meter mengikuti laluan mendaki puncak Qomolangma. Ini merupakan tindakan perlindungan alam sekitar yang diadakan di kawasan tertinggi setakat ini.
|