Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia Rafidah Aziz dalam sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur semalam mengumumkan, rundingan tentang perjanjian hubungan rakan ekonomi Malaysia-Jepun yang dimulakan pada bulan Disember tahun 2003 telah selesai, kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian itu pada akhir tahun ini.
Menurut beliau, perjanjian itu bukan sahaja meliputi perjanjian perdagangan bebas dua hala, tetapi juga meliputi kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pelancongan, perlindungan hak harta intelektual dan lain-lain.
|